lizamridzuan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kerajaan menawarkan potongan cukai bagi kos penempatan semula yang layak sehingga RM5 juta kepada syarikat vendor automotif milik tempatan sepenuhnya yang memindahkan operasi ke Automotive Hi-Tech Valley (AHTV), Tanjong Malim.

Insentif itu meliputi perbelanjaan yang dibuat mulai 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2030.

Langkah itu bertujuan menggalakkan lebih banyak vendor automotif tempatan beroperasi di AHTV, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab automotif serantau.

Dalam masa sama, pembangunan Lumut Maritime Industrial City (LuMIC) akan dipergiat bagi menarik pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan menerusi pembangunan hab maritim di Lumut.