PETALING JAYA: Kerajaan bercadang mengurangkan kadar cukai pendapatan individu pemastautin sebanyak satu mata peratusan, menurut Belanjawan Persekutuan 2027.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mencadangkan banjaran pendapatan bercukai antara RM70,000 hingga RM100,000 dikurangkan kepada 18%, manakala banjaran pendapatan bercukai antara RM100,000 hingga RM150,000 dikurangkan kepada 24%.
Di samping itu, kerajaan bercadang memperluaskan pelepasan cukai individu. Pelepasan bagi rawatan perubatan diperluas meliputi perkhidmatan penjagaan selepas bersalin, begitu juga pelepasan bagi penjagaan ibu bapa dan datuk nenek yang diperluas meliputi semua perbelanjaan penjagaan dan tidak lagi terhad kepada kesihatan.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FPTPTN_663633.png&w=480&output=webp&q=85&we)

