Kuala Lumpur: Kerajaan menyasarkan 30,000 peluang pekerjaan baharu disediakan kepada golongan belia termasuk melalui pembabitan syarikat swasta.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, BAKAT MADANI dilancarkan hasil komitmen enam Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC), PETRONAS dan rangkaian syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
"Ia bagi menyediakan latihan serta peluang pekerjaan berkualiti kepada 25,000 belia.
"Bagi menggalakkan lebih banyak penyertaan syarikat swasta, potongan cukai diberikan kepada syarikat yang melaksanakan program latihan BAKAT MADANI mulai 29 Jun lalu hingga 31 Disember 2030," katanya.









