KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk menyediakan geran padanan sehingga RM5,000 kepada syarikat premis mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang mahu mendapatkan sijil halal kali pertama.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bagi membantu usahawan yang mempunyai produk berkualiti tetapi sukar untuk mendapatkan pensijilan halal dan menembusi pasaran yang lebih luas.
“Kerajaan bersetuju menyediakan geran padanan sehingga RM5,000 kepada syarikat PMKS yang mahu mendapatkan sijil halal kali pertama.
“Geran RM25,000 ribu turut diberikan bagi memperkasa PMKS halal dalam bidang seperti kosmetik dan farmaseutikal,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.
Menteri Kewangan itu berkata, penyedia perkhidmatan pengurusan dana patuh syariah pula diberi pengecualian cukai pendapatan 40 peratus bagi tahun taksiran 2028 hingga 2030.








