KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mewajibkan pemandu yang berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah yang terlibat dalam kemalangan, untuk membayar pampasan kepada mangsa terlibat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebanyak 28 kes maut akibat pemandu mabuk atau di bawah pengaruh dadah setakat Ogos ini.
Beliau berkata, tragedi seumpama ini menyentak sanubari walaupun penguatkuasaan telah diperketat, namun pelanggaran peraturan masih lagi membimbangkan dan ia menuntut langkah lebih tegas.
“Kerajaan akan meminda Akta Pengangkutan Jalan bagi mewajibkan pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah untuk membayar pampasan kepada mangsa,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.








