PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) bersetuju menambah dana pembiayaan sebanyak RM5 bilion lagi bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan susulan konflik di Asia Barat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan pembiayaan yang disediakan BNM meningkat kepada RM10 bilion selepas peruntukan awal RM5 bilion sebelum ini.
“Langkah berkenaan diambil bagi membantu PKS yang terkesan ekoran konflik tersebut,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN
The post Bank Negara tambah pembiayaan RM5 bilion, bantu PKS appeared first on Utusan Malaysia.








