KUALA LUMPUR: Dana Pemindahan Fiskal Ekologi (EFT) akan ditambah kepada RM270 juta pada tahun hadapan bagi mendukung usaha memelihara khazanah alam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan itu bertujuan untuk menggalakkan kegiatan ekonomi dan ekopelancongan yang berasaskan komuniti.
Peruntukan RM65 juta juga disediakan untuk memanfaatkan kira-kira 2,500 renjer komuniti dalam kalangan Orang Asli, veteran tentera dan pesara polis yang akan melindungi khazanah biodiversiti negara.








