KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menaikkan kadar pencen terendah daripada RM1,000 kepada RM1,350 sebulan yang memanfaatkan hampir 59,000 pesara, veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan penerima pencen terbitan.
Selain itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bayaran faedah Ex-Gratia Waris Pukal secara sekali bayar (one-off) dinaikkan daripada RM20,000 kepada maksimum RM50,000, tertakluk kepada tempoh perkhidmatan.
"Ini adalah tambahan selain faedah Ex-Gratia Waris Bulanan bagi kes kematian akibat kemalangan bencana kerja dan berkuat kuasa 1 Januari 2026," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, sebanyak RM2.3 bilion diperuntukkan bagi membina, menyelenggara dan membaiki kuarters penjawat awam.








