PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju menaikkan bayaran insentif perkhidmatan kesihatan udara daripada RM30 kepada RM100.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara itu pada pembentangan Belanjawan 2027 di Parlimen hari ini.

“Kita berdukacita atas tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara di Long Lellang yang meragut nyawa petugas barisan hadapan,” katanya.

September lalu, lima mangsa terkorban selepas helikopter BO-105 yang dinaiki terhempas di Long Lellang, Miri.

Kelima-lima mangsa terdiri daripada juruterbang, Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, serta empat petugas Kementerian Kesihatan iaitu Dr. Ainul Baraah Kamaruddin, 33, Alexson Adit Henry, 31, Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44.