KUALA LUMPUR – Bantuan tiket penerbangan bagi pelajar universiti awam terus ditambah baik apabila kerajaan memutuskan untuk menaikkan kadar bantuan FlySiswa Madani daripada RM400 kepada RM500 seorang mulai tahun 2027.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif berkenaan dipertingkatkan bagi memastikan aspek kebajikan serta kemudahan mobiliti penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terutamanya yang perlu merentas laut antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak terus terbela.

“Bantuan tiket penerbangan FlySiswa Madani2027 ditingkatkan kepada RM500, ketimbang RM400 yang memanfaat lebih 60,000 penuntut IPTA,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.