KUALA LUMPUR: Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) mencadangkan had perbelanjaan yang layak di bawah Elaun Modal Automasi dinaikkan kepada RM100 juta serta potongan cukai sebanyak 200 peratus diberikan bagi perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang layak menerusi Belanjawan 2027.
Menurut persatuan itu, peningkatan kepada RM100 juta daripada RM10 juta itu akan dilihat lebih sepadan dengan skala pelaburan dalam automasi dan pembuatan termaju oleh industri semikonduktor serta elektrik dan elektronik (E&E).
Presiden MSIA, Datuk Seri Wong Siew Hai, berkata persaingan untuk mendapatkan pelaburan, teknologi dan bakat semakin sengit, sekali gus memerlukan dasar terus berkembang seiring dengan keperluan industri.









