Kuala Lumpur: Kerajaan membela nasib pekebun kecil apabila akan menaikkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kepada RM3.30 sekilogram yang memberi manfaat kepada lebih 300,000 pekebun kecil.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pada masa ini IPG ialah RM3 sekilogram berbanding RM2.50 sekilogram pada 2022.

"Kerajaan bersetuju menaikkan kadar IPG buat kali ketiga dalam pembentangan Belanjawan 2027.

"Setakat September, seramai 290,000 pekebun kecil menerima RM400 sebulan sebagai bantuan subsidi. Ini termasuk petani, penternak, pengusaha kecil sawit, getah, koko, lada dan kenaf," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Parlimen, di sini, hari ini.