Kuala Lumpur: Kerajaan bersetuju memperluas pelepasan cukai individu antaranya merangkumi pengambilan haiwan peliharaan angkat daripada pusat berdaftar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia selepas pihaknya mendapati ramai rakyat yang cenderung memelihara haiwan peliharaan seperti kucing.

"Ramai minat kucing, ada minat kupu-kupu, ada minat ular. Semua itu terangkum dalam cadangan kita," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.