Kuala Lumpur: Belanjawan 2027 turut melihat komitmen kerajaan untuk melindungi rakyat menerusi undang-undang termasuk dalam keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu dilakukan menerusi penggubalan Akta Antibuli dan Akta Keselamatan Dalam Talian.

"Selain itu, peranan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Pesuruhjaya Kanak-Kanak diperkukuh serta perlindungan kepada pemberi maklumat dan saksi.

"Undang-undang jenayah dan keterangan akan diperbaharui, manakala pembelaan awam diperkukuh membabitkan mangsa, kanak-kanak dan golongan rentan yang diberi perlindungan lebih berkesan," katanya.