Kuala Lumpur: Peningkatan jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun depan memberi kelegaan kepada golongan berpendapatan rendah (B40).

Pemandu lori, Shahrul Anuar Mohamed, 37, berkata, inisiatif itu dapat membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat.

"Dengan adanya bantuan ini, ia dapat membantu mengurangkan beban kewangan bagi individu berpendapatan rendah untuk membeli barang keperluan.

"Apatah lagi, penggunaan bantuan itu diperluaskan untuk pembelian barangan basah dan segar yang sebelum ini agak terhad kepada barangan tertentu sahaja," katanya ketika dihubungi, hari ini.