KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka menanggung peningkatan subsidi bahan api sehingga RM40 bilion susulan krisis geopolitik di Asia Barat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan kerajaan sudah pasti akan menanggung implikasi sekiranya tidak meneruskan penyasaran subsidi tatkala krisis tenaga masih berlangsung.
"Krisis Asia Barat meningkatkan subsidi bahan api sehingga RM40 bilion.
"Bayangkan juga, sekiranya kita masih menangguhkan penyasaran subsidi pada saat krisis tenaga ini, tentu lebih besar daripada RM40 bilion beban kewangan yang perlu ditanggung," katanya.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fanwar_186609.png&w=480&output=webp&q=85&we)
