PETALING JAYA: Kerajaan dianggarkan menanggung peningkatan subsidi bahan api sehingga RM40 bilion susulan krisis geopolitik di Asia Barat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sudah pasti akan menanggung implikasi sekiranya tidak meneruskan penyasaran subsidi kerika krisis tenaga masih berlangsung.

“Krisis Asia Barat meningkatkan subsidi bahan api sehingga RM40 bilion. Bayangkan juga, sekiranya kita masih menangguhkan penyasaran subsidi pada saat krisis tenaga ini, tentu lebih besar daripada RM40 bilion beban kewangan yang perlu ditanggung,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.