GEORGE TOWN : Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2027 yang mengiktiraf usaha kerajaan negeri untuk dipeta sebagai pusat kewangan teknologi negara menerusi penubuhan Penang Technology Financial Centre (PTFC).
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pengumuman berkenaan merupakan perkembangan positif dalam usaha negeri itu meneroka peluang baharu bagi memperkukuh ekosistem teknologi, khususnya dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor.
Katanya, kerajaan negeri sebelum ini telah mengemukakan Kertas Putih PTFC kepada Kementerian Kewangan pada 23 September lalu sebagai langkah awal merealisasikan penubuhan pusat berkenaan.









