GEORGE TOWN: Pulau Pinang berharap Belanjawan 2027 membawa berita baik mengenai cadangan penubuhan Penang Technology Financial Centre (PTFC) bersama Kerajaan Persekutuan bagi memperkukuh ekosistem teknologi di negeri itu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata cadangan yang sebelum ini dikenali sebagai Penang International Financial Centre (PIFC) telah dinamakan semula sebagai PTFC selepas beberapa siri perbincangan dan mengambil kira maklum balas diterima.

Beliau berkata, perubahan itu selaras dengan peranan Pulau Pinang dan wilayah utara sebagai hab elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor negara selain mengambil kira perkembangan sektor kecerdasan buatan (AI).

"Kita sudah buat pindaan daripada PIFC kepada PTFC supaya kita boleh memfokuskan kepada kekuatan Pulau Pinang dalam sektor teknologi ini.