KUALA LUMPUR-Filem fantasi suspens, THE MAGE, arahan duo tersohor Hong Kong, Danny Pang dan Oxide Pang (Pang Brothers), bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 8 Oktober 2026 ini.
Filem terbitan Conroy Chan itu dibintangi Josie Ho, Carlos Chan dan Iman Taheri yang mempunyai latar belakang sebagai pakar bedah sebelum menceburi bidang lakonan, sekali gus menandakan penyatuan semula Pang Brothers sebagai pengarah selepas lebih sedekad yang sebelum ini mereka dikenali menerusi francais filem seram The Eye.
THE MAGE mengisahkan Lan Pui Ching, lakonan Josie Ho, seorang medium yang mempunyai kebolehan yang luar biasa dan dikelilingi barangan terbuang, selain elemen seram dan misteri, filem itu turut mengetengahkan tema trauma, kehilangan, kebaikan serta kasih sayang tanpa syarat.









