KUALA LUMPUR: Kerajaan menyediakan bantuan berjumlah RM2.62 bilion kepada pesawah meliputi pelbagai subsidi dan insentif bagi meningkatkan pengeluaran padi serta menjaga kebajikan golongan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata bantuan berkenaan membolehkan pesawah menikmati manfaat sekitar RM4,300 bagi setiap hektar sawah, termasuk subsidi benih, baja, racun, upah bajak dan harga padi.

Beliau berkata, kerajaan bersetuju meningkatkan kadar insentif penuaian padi daripada RM50 kepada RM100 sehektar semusim, manakala kadar insentif pembajakan yang telah ditingkatkan kepada RM300 akan dikekalkan dan diperluas kepada pesawah Sabah dan Sarawak.

"Bagi memulih dan menyubur semula tanah sawah padi, RM20 juta disediakan untuk membekalkan baja foliar di lebih 10,000 hektar tanah sawah.