Kuala Lumpur: Kerajaan bercadang memberikan pengecualian penuh duti setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik bagi rumah pertama berharga sehingga RM500,000.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan turut memberi pengecualian penuh duti setem untuk RM500,000 dan 50 peratus bagi bakinya bagi rumah sehingga RM 750,000.
"Ini terpakai bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2030," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di sini, hari ini.
Beliau berkata, ke arah sifar perumahan terbengkalai menjelang 2030, kerajaan turut memberi pengecualian penuh duti setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik yang akan disempurnakan kontraktor atau pemaju penyelamat serta pembeli asal.








