KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang memberikan pengecualian penuh duti setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik bagi rumah pertama yang berharga hingga RM500,000.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rumah berharga hingga RM750,000 pula diberi pengecualian penuh duti setem untuk RM500,000 dan 50 peratus bagi bakinya.
"Ini terpakai bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2030," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.
Seterusnya, Perdana Menteri berkata, hampir RM1 bilion disediakan untuk projek seperti Rumah Mesra Rakyat dan Program Residensi Rakyat.
Beliau berkata, empat projek perumahan baharu akan dilaksanakan di Kulai, Johor; Nilai, Negeri Sembilan; Paya Rumput, Melaka; serta Lembah Pertang, Terengganu.






