KUALA LUMPUR: Pemain bes Search, Nasir Daud, 67, kini menjalani tempoh pemulihan selepas menjalani pembedahan pintasan jantung atau bypass di Institut Jantung Negara (IJN), pada 2 Oktober lalu.
Nasir berkata, masalah jantungnya dikesan menerusi pemeriksaan kesihatan pada April lalu, sekali gus memerlukan beliau mengurangkan aktiviti dan memberi tumpuan kepada proses pemulihan.
Pemuzik yang kini menetap di Johor Bahru itu berkata, beliau dijangka mengambil masa dua hingga tiga bulan untuk berehat sebelum kembali aktif seperti biasa.
"Saya ada isu jantung yang dikesan pada April lalu melalui pemeriksaan kesihatan. Sejak itu, saya banyak berehat di rumah. Kebetulan, aktiviti seni Search sepanjang tahun ini tidak begitu sibuk.






