KUALA LUMPUR: Lebih RM130 juta diperuntukkan bagi memperkasa industri kreatif negara, meliputi sektor perfileman, muzik dan penghasilan kandungan kreatif tempatan.
Peruntukan itu merangkumi insentif kepada produksi filem tempatan dan antarabangsa yang menjalankan penggambaran di Malaysia, selain insentif tambahan bagi karya yang mengangkat budaya serta nilai kenegaraan.
Dalam usaha merancakkan lagi industri kreatif tempatan, tiket filem dan persembahan teater tempatan di Wilayah Persekutuan juga akan dikecualikan daripada cukai mulai 2027.
Sektor animasi tempatan turut diberi perhatian menerusi usaha melahirkan 20 harta intelek baharu, selain mengkomersialkan watak animasi Malaysia ke peringkat antarabangsa.








