Kuala Lumpur : Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN), Datuk Freddie Fernandez berpandangan kerajaan perlu mempunyai pelan jangka panjang bagi memastikan kesinambungan pembangunan industri kreatif, termasuk aspek kebajikan artis, peluang pekerjaan, latihan dan promosi.

Freddie berkata, usaha memperluaskan pasaran muzik tempatan ke luar negara juga perlu dipandang serius kerana Malaysia mempunyai ramai artis dan karya berpotensi untuk diketengahkan di peringkat antarabangsa.

"Kita banyak kali cakap pasal promosi ke luar negara. Kita ada muzik yang boleh dipromosikan ke luar negara. Kita tengok macam mana Shila Amzah boleh pergi, sebelum ini Fish Leong," katanya mengulas harapan persatuan terhadap Belanjawan 2027 yang akan dibentang di Dewan Rakyat, esok.