KUALA LUMPUR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerima peruntukan dana RM260 juta tahun hadapan bagi bersiap sedia menghadapi bencana.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan juga bersetuju meningkatkan kadar bantuan pembaikan rumah mangsa bencana daripada RM5,000 kepada RM10,000.
Katanya, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan memperolehi sebanyak 17 unit bot amfibiacraft bagi mempercepat operasi menyelamat pasukan itu.
"Ikhtiar GLC Demi Rakyat dan Negara (GDRN) oleh Yayasan GLIC dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terus ke hadapan membantu mangsa bencana dengan geran padanan RM20 juta," katanya pada pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.






