Kuala Lumpur: Kerajaan melalui BAKAT MADANI menyasarkan 25,000 peluang kerja berkualiti kepada belia pada 2027, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2027 di Parlimen, di sini, hari ini.
Pada masa sama, kerajaan turut menyasarkan 30,000 peluang pekerjaan baharu termasuk melalui pembabitan syarikat swasta pada tahun hadapan.
Perdana Menteri berkata, BAKAT MADANI dilancarkan hasil komitmen enam Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC), PETRONAS dan rangkaian syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
"Ia bagi menyediakan latihan serta peluang pekerjaan berkualiti kepada 25,000 belia.








