Kuala Lumpur: Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM1,500 kepada 1.3 juta penjawat awam Gred Utama B dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan Bantuan Khas Kewangan turut diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen sebanyak RM750.
"Pembayaran akan dibuat sebanyak dua kali iaitu sebelum Aidilfitri dan sempena Ambang Tujuh Dasawarsa Merdeka," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.
Menteri Kewangan berkata, kerajaan juga bersetuju melaksanakan kenaikan pangkat one-off secara Khas Untuk Penyandang kepada 12,000 pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P).








