PETALING JAYA: Kerajaan akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) E-Dagang pada Sidang Dewan Rakyat akan datang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan memandang serius keresahan peniaga kecil dengan kewujudan syarikat e-dagang asing yang menyusup ke pasaran negara tanpa pengawasan dan penguatkuasaan.
Katanya, oleh itu kerajaan akan segera meneliti langkah perundangan dan penguatkuasaan bagi melindungi kepentingan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan.
Katanya ia bertujuan untuk melindungi mereka daripada persaingan tidak adil selain turut memastikan barangan dibeli oleh rakyat adalah selamat.








