KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Bhd (PRASARANA) akan melabur lebih RM3.4 bilion bagi melaksanakan program pemulihan menyeluruh perkhidmatan rel sebagai usaha meningkatkan mutu dan kelancaran operasi tren.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan akan turut memperoleh 42 set tren baharu bagi perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan KTM Komuter menerusi Belanjawan 2027.

"Sejak kebelakangan ini, rakyat sering kali berdepan kejadian tren rosak atau perkhidmatan tergendala, sehingga menjejaskan perjalanan mereka ke tempat kerja.

"Oleh itu, Prasarana dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dipertanggungjawabkan mengambil tindakan segera bagi memastikan kelancaran perkhidmatan susulan gangguan operasi dan kerosakan tren yang menjejaskan perjalanan pengguna," katanya.