Kuala Lumpur: Kerajaan memperuntukkan RM7.1 bilion yang dikhususkan untuk membeli dan menyelenggara aset-aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM), polis dan badan beruniform di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2027 hari ini berkata, beberapa fasiliti baharu akan dibina antaranya, Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) negeri di Tanjung Kupang, Johor.

Selain itu, pembinaan Kompleks Batalion 19 PGA Cheras; Pejabat Imigresen Keningau, Sabah; dan

tiga buah Balai Polis baharu di Sungai Rambai, Melaka; Tanjung Malim, Perak dan Batu Lintang, Sri Aman, Sarawak.