KUALA LUMPUR : Kerajaan memperuntukan RM7.1 bilion tahun depan yang dikhususkan untuk membeli dan menyelenggara aset-aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM), polis dan badan beruniform di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar berkata, beberapa fasiliti baru akan dibina antaranya, Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) negeri di Tanjung Kupang, Johor.

Selain itu, pembinaan Kompleks Batalion 19 PGA Cheras; Pejabat Imigresen Keningau, Sabah; dan tiga buah Balai Polis baharu di Sungai Rambai, Melaka; Tanjung Malim, Perak dan Batu Lintang, Sri Aman, Sarawak.

Secara keseluruhannya, bagi tahun depan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan masing-masing menerima peruntukan RM22 bilion.