Kuala Lumpur: Setiap tahun, belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lekang dengan ungkapan daripada kata-kata sarjana barat dan timur.
Menerusi Belanjawan 2027, Anwar semasa ucapannya turut berselang-seli memetik kata-kata sarjana antaranya sejarawan dan filasuf Inggeris, Sir Isaiah Berlin; pemikir dan faqih besar Islam, al-Mawardi dan pujangga agung Tamil, Thiruvalluvar.
"Sejarawan dan filasuf Inggeris Sir Isaiah Berlin meminjam satu gambaran purba yang ringkas tetapi tajam dan mendalam yakni 'The Hedgehog and the Fox'. Sang rubah mengetahui banyak perkara, sedangkan sang landak mengetahui satu perkara yang besar.
"Dalam konteks kehidupan bernegara, kedua-duanya diperlukan. Sesebuah bangsa mesti mempunyai satu cita-cita besar yang konsisten, suatu tujuan yang memberi arah dan makna kepada perjalanan," katanya semasa membentangkan di Dewan Rakyat, hari ini.






