KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memetik karya masyhur pujangga agung Tamil, Thiruvalluvar, ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar memetik rangkap ke-731 daripada karya Tirukkural bagi menggambarkan ciri sesebuah negara unggul yang bukan sahaja bergantung kepada kekayaan dan pembangunan fizikal, malah turut ditunjangi ilmu, keadilan serta akhlak rakyatnya.

“Thallaa Vilaiyulum Thakkaarum Thaazhvilaach Chelvarum Servadhu Naadu.

“Maksudnya, negara yang unggul ialah negara yang subur hasil buminya, tinggi keilmuan dan budi rakyatnya, serta makmur kekayaannya tanpa mengesampingkan akhlak,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.