KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau persiapan akhir Belanjawan MADANI Kelima (Belanjawan 2027) di Kementerian Kewangan, Putrajaya, hari ini.
Belanjawan 2027 akan dibentangkan di Dewan Rakyat, esok.
Menerusi hantaran di laman sosial beliau, Anwar turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Kementerian Kewangan yang bekerja keras bagi menyiapkan dokumen penting berkenaan.
"Mudah-mudahan Belanjawan 2027 ini terus memperkukuh ekonomi, meringankan beban rakyat, membuka lebih banyak peluang dan memastikan manfaat pembangunan dirasai secara lebih adil," katanya.
Dalam pada itu, perkongsian berkenaan mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya meluahkan pelbagai harapan menjelang pembentangan esok.








