Kuala Lumpur: Kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion bagi menyelenggara dan membaik pulih prasarana hospital serta klinik awam, termasuk menaik taraf klinik daif yang masih berbaki.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata lebih RM770 juta turut disediakan bagi perolehan peralatan canggih dan moden untuk mempercepatkan proses diagnosis serta rawatan pesakit.

Katanya, antara kemudahan yang akan ditambah baik ialah perkhidmatan hemodialisis di hospital seluruh negara, selain perolehan 400 ambulans baharu untuk hospital Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mempercepatkan tindak balas kecemasan.

Bagi mempercepat diagnosis dan rawatan, Anwar berkata, lebih RM770 juta disediakan untuk perolehan peralatan canggih dan moden.