Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan kekal menerima peruntukan tertinggi, iaitu hampir RM69 bilion, berbanding RM66.2 bilion pada tahun ini.

Daripada jumlah itu, peruntukan bagi membaik pulih dan menyelenggara semua jenis sekolah ditingkatkan daripada RM1 bilion kepada RM2 bilion.

Kata Perdana Menteri, peruntukan bagi sekolah kebangsaan naik kepada RM900 juta

"Peruntukan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) naik kepada RM100 juta manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) naik kepada RM50 juta.