KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) kekal menerima peruntukan tertinggi pada Belanjawan 2027 iaitu hampir RM69 bilion, berbanding RM66.2 bilion pada tahun ini.

Daripada jumlah itu, peruntukan bagi membaik pulih dan menyelenggara semua jenis sekolah ditingkatkan daripada RM1 bilion kepada RM2 bilion.

Peruntukan bagi sekolah kebangsaan (SK) meningkat kepada RM900 juta, manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) pula naik kepada RM100 juta dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) kepada RM50 juta.

"Walaupun SJKT mempunyai murid yang relatifnya lebih kecil, tetapi keadaan prasarana yang daif menuntut perhatian segera," katanya.