ercy.gracella@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kerajaan meningkatkan kadar Pemberian Khas kepada Sabah dan Sarawak sebanyak tiga kali, dengan kadar interim terkini berjumlah RM1.5 bilion bagi setiap negeri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembayaran itu akan dilunaskan sebelum akhir tahun ini, manakala rundingan dengan kedua-dua negeri diteruskan bagi memuktamadkan formula tahunan yang adil dan mampan.

Mengulas peruntukan Persekutuan bagi 2027, beliau berkata Sabah menerima RM18.7 bilion, meningkat berbanding RM17.6 bilion tahun ini.

Sarawak pula menerima RM16.2 bilion, berbanding RM15.1 billion, tahun ini.