SEPANG: Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) menawarkan pakej haji musim 1448H/2027M bermula RM49,990, dengan lokasi penginapan berhampiran Masjidil Haram serta bimbingan ibadah menyeluruh kepada bakal jemaah.

Penawaran itu memberi tumpuan kepada bakal jemaah yang sudah menerima tawaran menunaikan haji bagi musim berkenaan, menerusi pelbagai pilihan pakej yang mengutamakan keselesaan penginapan, kemudahan perjalanan dan bimbingan ibadah.

Pengarah merangkap Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris, berkata empat kategori pakej ditawarkan iaitu Amjad, Elaf, Elaf Safwah dan Safwah Full.

Katanya, pakej berkenaan menawarkan pilihan penginapan pada jarak kira-kira 50 hingga 490 meter dari dataran Masjidil Haram, tanpa menjadikan hotel di kawasan Aziziyah atau Syisya sebagai penginapan utama di Makkah.