kartika@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Irkaz Travel & Tours Sdn Bhd (Irkaz Travel) memperkukuh operasi dan tawaran perkhidmatan haji ketika memasuki tahun kedua sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi musim 1448H/2027M.

Syarikat itu dipilih sebagai PJH untuk tahun kedua berturut-turut selepas mengendalikan dua kumpulan jemaah pada musim haji pertama bagi 1447H/2026M.

Ketua Operasi Haji Irkaz Travel, Amzari Jaafar berkata, pengalaman yang diperoleh pada musim pertama membolehkan syarikat memahami dengan lebih baik keperluan operasi, keselesaan, kebajikan dan bimbingan jemaah.

"Kepercayaan untuk tahun kedua ini menjadi tanggungjawab besar kepada kami dan pengalaman musim pertama banyak memberi gambaran mengenai keperluan sebenar jemaah, bukan sahaja dari segi operasi tetapi juga keselesaan, kebajikan dan bimbingan sepanjang berada di Tanah Suci," katanya dalam kenyataan.