PETALING JAYA: Universiti Malaya (UM) menjadi universiti pertama diberi akses kepada ILMUcode, platform pengekodan kecerdasan buatan (AI) generasi baharu dibangunkan YTL AI Labs.
Seramai 800 pelajar tahun pertama Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat akan menerima kredit RM100 sebulan selama tiga bulan, membolehkan mereka menggunakan sehingga RM300 untuk meneroka dan membangunkan projek melalui platform itu.
ILMUcode dilancarkan Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abdul Kadir, dengan platform itu memberi pengguna akses kepada teknologi pengekodan AI menerusi infrastruktur berdaulat.






