PETALING JAYA: Malaysia sedang mempertimbangkan peruntukan RM700 juta hingga lebih RM1 bilion bagi mendapatkan sistem peluru berpandu permukaan ke permukaan baharu selepas Norway membatalkan lesen eksport sistem yang ditempah untuk kapal tempur pesisir (LCS) negara.
Menteri Pertahanan Khaled Nordin berkata sistem itu sepatutnya dipasang pada LCS Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), namun kerajaan tidak boleh menunggu wang daripada perolehan dengan syarikat Norway itu dikembalikan sebelum mendapatkan sistem gantian, lapor The Star.






