Kuala Lumpur: Malaysia wajar mempertimbangkan pemberian bantuan pendapatan bersasar kepada golongan berusia 70 atau 75 tahun dan bukannya memperkenalkan pencen sejagat pada usia yang lebih muda, kata Pengerusi Axiata Group Bhd Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan.

Beliau berkata bantuan sedemikian boleh menjadi sebahagian daripada strategi lebih menyeluruh bagi memastikan kecukupan simpanan persaraan, dengan menggabungkan simpanan individu serta bantuan awam bagi mereka yang memerlukannya.

"Sesi hari ini membincangkan mengenai kecukupan simpanan persaraan, iaitu sama ada seseorang itu mempunyai simpanan sendiri yang mencukupi atau memerlukan bantuan daripada negara mahupun kerajaan.

"Jika kita melihat kepada banyak model di luar negara, biasanya terdapat gabungan kedua-duanya. Terdapat bantuan awam dan pada masa sama, simpanan peribadi individu itu sendiri.