KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines, PT Bank Central Asia Tbk (BCA) dan Novus Technologies Pte Ltd (Novus) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi meneroka peluang baharu dalam sektor perjalanan, perdagangan, perkhidmatan kewangan dan inovasi digital antara Malaysia dan Indonesia.
Kerjasama strategik itu bertujuan menghubungkan penyelesaian dalam pembayaran, perkhidmatan kewangan, data, kesetiaan pelanggan dan pengalaman digital bagi memberikan nilai tambah kepada pengguna serta perniagaan dalam koridor ekonomi dan pelancongan penting ASEAN itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Penerbangan Malaysia Aviation Group (MAG), Bryan Foong, dalam kenyataannya berkata, Indonesia kekal sebagai antara pasaran antarabangsa terpenting Malaysia Airlines, disokong permintaan perjalanan yang kukuh, hubungan perniagaan yang aktif serta hubungan rakyat antara kedua-dua negara.







/file/attachments/orphans/564434453_706873.png)
