news@nst.com.my
Kota Bharu: Usahawan wanita terkenal dari Kelantan yang kenderaan utiliti sukan (SUV) Jeep Wrangler bernilai hampir RM500,000 miliknya disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) kenderaan berkenaan.
Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, wanita itu membayar cukai jalan berkenaan pada awal minggu ini.
"Selepas pembaharuan itu dibuat, beliau dibenarkan mengambil semula Jeep Wrangler miliknya semalam," katanya.
Sementara itu, wanita berkenaan menerusi satu hantaran di akaun TikToknya menyatakan bahawa beliau hanya lewat memperbaharui cukai jalan selama sebulan, dan menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya beliau tidak memperbaharuinya sejak 2014.






