KUALA LUMPUR: Kerajaan menurunkan kadar cukai pendapatan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) sebanyak satu mata peratusan bagi mengurangkan beban kos operasi yang ditanggung usahawan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar cukai bagi pendapatan bercukai RM150,000 pertama diturunkan kepada 14 peratus, manakala kadar bagi banjaran RM150,000 hingga RM600,000 dikurangkan kepada 16 peratus.
"Ini bermakna, pendapatan tambahan kepada 300,000 PMKS sehingga RM6,000," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027, di Kuala Lumpur, hari ini.
Selain itu, had nilai setiap aset kecil yang layak mendapat elaun modal dinaikkan kepada RM3,000, manakala syarikat selain PMKS boleh menikmati had keseluruhan tuntutan sehingga RM30,000.










