PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, menggesa kerajaan memasukkan inisiatif dalam Belanjawan 2027 untuk meningkatkan kemahiran sekurang-kurangnya 1,000 belia India serta mengurangkan kadar keciciran sekolah dalam komuniti berkenaan.
Santiago berkata kerajaan perlu menetapkan sasaran khusus seramai 1,000 belia India untuk mengikuti program peningkatan kemahiran, dengan calon dikenal pasti melalui sekolah, permohonan terbuka dan NGO.
Katanya, latihan itu boleh dilaksanakan menerusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) serta program lain, dengan penekanan khusus terhadap bidang keselamatan siber dan pekerjaan digital.






