PETALING JAYA: Bersama membentangkan belanjawan negara bayangan, yang memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) tetapi pada kadar 5% serta menggantikan beberapa skim bantuan tunai dengan bantuan bulanan bersasaran.
Parti itu berkata mengehadkan GST pada kadar 5% selama 10 tahun akan datang akan memberikan kepastian kepada isi rumah dan perniagaan, selain mengekang kesan GST ke atas inflasi pada masa depan.
"Berdasarkan anggaran Bersama, GST pada kadar 5% boleh menjana sekitar RM76.1 bilion, atau 3.3% daripada KDNK, berbanding RM59.4 bilion yang dijangka dikutip melalui SST pada tahun 2026.






